Search This Blog

jom tukar-tukar link

Followers

05 March 2011

PERUTUSAN YDP MPP UMP 2011/2012




Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana pada hari yang berbahagia ini kita telah dipertemukan dalam sebuah majlis bersempena dengan penyerahan watikah perlantikan mpp bagi sesi 2010/2011. Saya, Muhamad fazli bin Abdul Halim selaku Yang Dipertua MPP UMP bagi sesi 2011/2012 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses pemilihan majlis perwakilan pelajar yang telah berjalan baru-baru ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga sekalung penghargaan yang khusus diberikan kepada rakan-rakan mahasiswa yang telah memilih dan seterusnya memberikan kepercayaan kepada kami untuk meneruskan legasi kepimpinan mahasiswa pada masa akan datang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya, beban tugas yang dipikul ini sangatlah berat dan mencabar. Namun, atas dasar rasa tanggungjawab, saya dengan teman-teman yang lain akan bersama-sama sedaya upaya mewujudkan teladan kepimpinan yang baik demi memastikan kelangsungan pelaksanaan tugasan yang tersusun sekaligus mencapai objektif yang dikehendaki. Secara peribadi, saya ingin melihat kesatuan dalam kalangan mahasiswa UMP itu sendiri terhadap segala masalah yang dihadapi dan seterusnya menjadikan MPP sebagai organisasi pertengahan yang difahami oleh mereka mampu untuk membela dan menuntut hak kebajikan mereka yang kian terabai. Perkara ini pada saya merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai asas dalam mana-mana jua gerakan dalam membina warga kampus yang bebas, sejahtera, serta sedar akan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa.

Perkara kedua yang ingin saya tekankan adalah berkenaan dengan kerjasama yang lestari antara pihak pentadbiran dan juga MPP. Kami dibarisan kepimpinan kali ini berazam untuk sentiasa bersifat professional terutamanya dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi sama ada diperingkat mahasiswa mahupun diperingkat pentadbiran. Segala perselisihan ataupun salah faham akan cuba diselesaikan dengan cara yang penuh hikmah disamping tegas dengan prinsip kemahasiswaan. Segala tunjuk ajar dari pihak pentadbiran amatlah kami alu-alukan lebih-lebih lagi dalam membantu menyelaraskan gerak kerja kami kearah pelan strategik UMP 2015 iaitu pelan yang mahukan UMP setanding dengan universiti terkemuka yang lainnya. Justeru, sikap hormat-menghormati dan budaya kerja yang professional perlulah menjadi keutamaan disemua lapangan pengurusan.

Sidang warga dewan sekalian,

Pembawaan kepimpinan kali ini adalah kami sedaya upaya menyerapkan elemen kesedaran mahasiswa terhadap apa jua isu sejagat yang berlaku. Hal ini kerana kami juga mempunyai hasrat dalam membantu dari segi pendidikan tidak formal untuk para mahasiswa. Apa yang dimaksudkan adalah kami rasa bertanggungjawab dalam memberikan panduan pembangunan insan bukan setakat ketika berada di dalam universiti sahaja tetapi juga sehinggalah mereka berada di lapangan kehidupan sebenar kelak. Hal ini bagi memastikan bahawa produk keluaran UMP adalah produk kelas pertama dan dengan kesempatan ini UMP akan menumpang populariti seperti yang diimpi sekaligus menjadi tumpuan dimata dunia.

Kesimpulannya, pembawaan, harapan, serta matlamat secara umum yang telah saya terangkan sebenar tadi merupakan mukaddimah dalam kepimpinan kali ini. Saya Muhamad Fazli b. Abdul Halim sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah sudi menerima kami sebagai wakil suara mahasiswa. Diharap jalinan kerjasama akan lebih erat pada masa-masa akan datang. Wabillahitaufikwalhidayah…



YANG DIPERTUA



TIMBALAN YANG DIPERTUA

sumber :-





-nije-

2 comments:

Unknown said...

ehhh tue bkn syazwan bdk meki ker?

nizam said said...

yea la..dia ambik jadi calon lagi..dah menang,skang jadi timbalan yang dipertua sesi 2011/2012