Search This Blog

jom tukar-tukar link

Followers

20 May 2011

pengalaman 1st time interview PPLV J29

lagu system of a down (B.Y.O.B)..membingitkan suasana di pagi hari...
tgok jam kul 5 pagi ...dengan bersemangatnya ak bangun terus pergi mandi...
lepas mandi ambil kekuatan dengan membaca surah yasin..
lepas tu baru pergi sarapan..
lepas sarapan solat subuh..
lepas solat terus bertolak ke bukit aman..
sdara ak keje kul 8 pagi,kata dia klu g lewat jalan jem teruk...
merempuh 2 tol..
dari port klang nak menuju ke bukit aman,
tempat ak interview dekat jer ngan bukit aman tu...
sampai di bukit aman dalam pkul 7pagi..
sdara ak ajak pergi office dia dulu..
pergh masuk bukit aman aku arini...
bukan senang nak masuk sana...
dalam setengah jam camtu sdara ak hantar aku kat pusat temuduga jalan cenderasari,kl.
tipu la klu ak cakap x berdebar...
sampai2 kat sana dah ad 5 org duk kat dalam bilik tetamu time tu baru pukul 7.40pagi dah ramai yg datang..
tunggu punya tunggu abg gurd datang suh naik atas..
hohohoho..ak org 1st naik...
dapat giliran no satu terus 5001... di bilik temuduga E..
lepas dapat nombor terus ke bilik E...
ting tong " 5001"..
giliran aku tu...
dengan bacaan bismillah...ak mengetuk pintu,bagi salam dan terus duduk...
2 org yg akan interview aku..
1st dia tanya ak kos apa...pointer aku bape?
lepas tu dia cakap "perkenalkan diri kamu"......
wahhh,selamat ak..dia tanya dalam BM ...
seronoklah aku menggoreng...bla..bla..bla....
pastu dia suh citer pasal latar belakang keluarga...
pastu dia tanya aku skang buat apa...
dengan selamber ak cakap,skang tengah toreh getah...
dia tanya balik..knapa x kerja dalam bidang kamu?...
susah kat kg saya ladang jer besar...ohohoho...
tgk alamat saya..ladang kampung bari...hehehehehe...
time tu org spa yang tanya...
lepas tu tecnicion ak rasa kat sebelah..
pakai kopiah,berjanggut...
dia tanya aku pasal elektronik..
dia ckap awak banyak duk bercerita mengenai elektrik..saya nk tahu mengenai elektronik..
yea la nak wat camner ak pon LI kat kilang,duk jaga distribution board,motor2,aku duk citer la pasal single phase,three phase...
haha..
pastu ak cerita pasal pneumatic,electropneumatic,sensor2,programming skit..
bajet ingat semua...
pastu dia tanya mengenai RLC....
ak ingat 2 je r dngn c je..l ak x ingat..
nie yg pasif...ohohhoho
R-resistor
L-inductive
C-capacitor

pastu dia suh sebut alat2 pengukuran...
ak dapat jawab multimeter,ossiloscop...
dia ckp lagi2...x kan tu jer...
ak dah tension dah dia nk lagi..
ak ckp jer dah x tahu dah....hohohoh

pastu dia ckp sy nak tgk awak punya bi, dia tanya aku...'what your hobby'?
hahha...
ak kbor my hobby is fishing...bla,bla...
n another hobby is surf internet... i have blog my link blog is bla..bla..bla...
adoyai...nasib baik lancar jer (SHELL VSX)...ya allah....huhhh
pastu di tanya mengenai bidang kerja nie,yg ni ak dah baca senang je la jawab..
pastu dia kate kat malaysia nie bnyak ilp,adtec,ikbn,jmti...sanggup kah kamu sekiranya dihantar ke sabah dan serawak?
yes saya sanggup....hahahaha..saje wat sedap,tapi dalam hati sape nok g alik nung,jauh ngan family....

ok,terima kasih..hohohoho

tapi ak x puas hati,sebab dia x tanya pasal isu semasa,pasal ekonomi negara,pasal malaysia...
ak duk stdy yg tu...tgk2 dia duk tanya pasal aku belajar jer bnyak..hadoyaiiiiiiii..

pakaian aku aritu baju kemeja lengan panjang kaler biru muda,biru ceroh nok keputih gtu,biru cream..seluar hitam,kasut hitam,tali leher pon hitam (ganu punya)..haha

ak masuk dalam pukul 8 pagi selesai dalam kul 8.35....ak rasa sekejap jer...
rasa nak interview sekali lagi,ak x prepare mane...
klu ada rezeki ak kerja,klu x der...ak teruskan dengan dgree aku nie....
aku letak dalam 30% je la keberangkalian aku akan dipilih...
nok wat rgane pagil interview 63 org,kekosongan 3 org...10 org simpanan...
hadoiiiiiiiiii...




Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Tempat Bertugas:
a) Kementerian Sumber Manusia
i. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
ii. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
iii. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
b) Kementerian Belia dan Sukan
i. Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN)
Jadual Gaji:
P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90
Syarat Lantikan:
i.Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
ii.lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Senarai Tugas:
i.Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
ii.Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan..
iii.Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
iv.Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
v.Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
vi.Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
vii.Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
viii.Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
ix.Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
x.Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
xi.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

-nije-

7 comments:

sjaa64 said...

haahaa..moga-moga dapatlah yee

Nafizah said...

jom sudi-sudilah join contest ni kalo nak adiah free di http://nafizah-24.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-2011.html

Unknown said...

hai...nak tnye..cmne u cek maklumat jawatan yang dpt interview tu ek..nak tgk gak..hehehe sy dpt interview gak ni.. :)

Miss Chocolate said...

kesudahannya dapat x keja tue..?

nizam said said...

cik lin...sampai surat kat rumah..

cik misscholate ...sedih,x dapat..huhu smbg stdy skarag

mummy said...

aa nok tau jugok dapat ke tidok...

nizam said said...

x dapat..saya sambung study