Search This Blog

jom tukar-tukar link

Followers

25 April 2011

PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI


PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Bahagian Teknologi Maklumat Majlis Daerah Hulu Terengganu menawarkan penempatan untuk menjalani latihan industri bagi mahasiswa-mahasiswi serta penempatan untuk menjalani latihan sambil bekerja bagi program Terengganu Graduate Attachment Scheme (T-GAS).


1. Latihan Industri

Cara memohon:

Sila e-mailkan resume dan transkrip akademik anda kepada mdht@terengganu.gov.my dengan tajuk “PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI”.


2. T-GAS

T-GAS adalah satu program di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui TESDEC. Permohonan bagi program T-GAS boleh dibuat melalui telefon/borang/permohonan online kepada TESDEC. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web www.tesdec.edu.my

Cara memohon:

Sila berhubung terus dengan pihak TESDEC berkenaan dengan program ini. Permohonan untuk mengikuti latihan di bawah program pembangunan kemahiran TESDEC boleh dibuat sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup. Maklumat lanjut mengenai Program T-GAS ada terdapat di laman web Tesdec. Anda boleh membuat permohonan secara online melalui TESDEC.-


SYARAT KEMASUKAN:

1. Pemegang Ijazah/Diploma dalam pelbagai bidang

2. Berumur 21-28 tahun

3. Rakyat Negeri Terengganu sahaja



ELAUN:


Diploma : RM500.00 sebulan

Ijazah : RM600.00 sebulan
nije-

1 comment:

alang said...

aik?cmne nk register??tekan link yg ditinggalkan tu, yg daftar online tu, tp google ckp xboleh... alang_firah90@yahoo.com