Search This Blog

jom tukar-tukar link

Followers

Follow by Email

31 March 2011

minggu test



yeaaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
x pernah2 sebelum nie ada 3 test berturut...
nie adalah sejarah dalam kehidupan aku sebagai mahasiswa di university..
pening kepala stdy last minute...
banyak kene cover..
sampai x tercover..
huhhhhh..
pekena "pil chi-kit teck aun" baru lega..
sebenarnya jup lagi aku ader test math kul 11pagi -12 tghari...
pastu petang plak disambung dengan test analog...
keesokan hari ade lg test emt..
wowwwww....EMT tu....
badan aku penat,mata aku bengkak,kepala ak pening,perut aku cirit,..
ak lapor..moh g sarapan dulu....
semoga ak boleh jawab ngan tenang...insyaalah amin.
-nije-

27 March 2011

aku sekarang makin gemok


aku lening makin gemok la...
semua cakap aku gemok ..
adik aku jaa sendiri pon kate aku gemok..
haishh....camne nie..
sem nie langsung aku x main...
balik kelas ngadap pc sampai larut malam..
selalu makan bnyak..
nafsu makan x leh nak control..
belasah jer...
makan je aper nak makan..
pasni aku nak kuruskan badan lah...
hahaha



herm kat sini ak nak kongsi tips kuruskan badan..haha
boleh ke aku ikut...

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."


sumber klik disini






22 March 2011

THE FULL HOUSE SECURITY SYSTEM




semester nie eng lab 4...blajo tentang autotronic ngan industrial wiring.hari ini aku baru je habis presentation projek ak.tajuk projek aku ialah..
THE FULL HOUSE SECURITY SYSTEM
aku guna dua sensor iaitu heat temperature ngan water detecter..kiranya kalau dua2 sensor tu detect jadi la projek aku..disini ak dengan bangganya nk bgtau yang projek aku berjaya..haha
report2 pon dah hantar tadi..
projek nie dalam group ..3 org satu group..
project nie simple je kot..
klu nak dibandingkan project aku masa final project untuk diploma.
project dulu lagi canggih..ada lcd screen..kene wat programming..
project yg aku wat kali nie simple saja..just guna ic UA741CN..
pastu ad transistor 9012 pnp,ada 3 resistor ,relay..relay tu ak conect ngan 240 vac..dekat coman tu bg supply 240 vac untuk on kan lampu...
jom layan pic ak n group ak..ak sertakan circuit skali..








Resistance (10 k, Brown-Black-Orange) 2...
Resistance(390R,Orange-White-Brown) 1...
light emitting diod 1...
ic 741 8 pin
transistor (9012,pnp) 1...
negetive temperature coefficient 1..
relay 9V 1...
batery 9 vdc



ape2 pon terima kasih la kat group member aku yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya...pok jak n ganesh ialah ahli group aku...dan x lupa juga kat member lain din,aiman n op...dan juga lecture kami iaitu encik nasrul salim pakheri...tahniah untuk diri aku n group aku...dan group yang jadi walaupon wat pada last minute..group faiz..hahaha
-nije-

20 March 2011


cik azie tag aku...
dia kawan baik kat blog,kami x penah jumpa...
dia kate wajib jawab..
boleh plak dia mewajibkan ak jawab..
cik azie kate gtu aku ikut je lah..
korang meh tolong aku jawab soklan-soklan kat bawah..
soklan mengarut jer..
haha

1. Upload wallpaper laptop yang sedang anda gunakan sekarang ni..


2. Cerita tentang gambar

wah,nak kene citer plak...klu korang tgok pon korang dah tahukan kenapa aku letak pic nie..nie pic aku time konvo
9/10/2010..aku sayang family aku...yeah..rindunya kat mereka,lama aku x balik,last aku balik time raya haji....
x macam cik azie..tiap2 minggu balik..hua2..bahagianya hidup..


3. upload wallpaper sebelum ni
~ak baru beli pc sem nie inilah background pc aku sejak beli x pnah tukar pon..hehehehe
4. cerita pasal wallpaper sebelum ni pulak
~x yah citer la kan rujuk no 2..hahaha

5. kenapa tukar wallpaper?
~x pnah tukar kate,x faham ke..hahhaa
6.berapa lama pakai laptop atau PC?
pc nie umurnya baru 3 bulan..sebelum ni ak pakai laptop..
acer aspire 4520..
tension ngan laptop tu..
baru pakai 3 tahun..
dah x ley guna dah..
huhuhu.. :)

7. apa nak buat lepas siapkan post ni?
nak g mandi kot
8. apa tujuan buat blog?
tgk adik aku sebenarnya JAA...
tetibe sampai check nuff kat umah..
jeles tgk dia dapat ..
ak pon wat jugak..
tp ntah bile tau ak dapat cash out aku punya nuff..
tgk mcm x gerak pon..
satu lg aku rasa ngan ader blog nie boleh tambah member..
mcm azie nie la..
x pnah jumpa pon..
tp rapat macam satu pnah jumpa...huhu


9.berapa kali update blog dalam seminggu?
ntah..tgk keadaan..klu ak bnyak masa free ak post la..

10.tag 4 nama
ak nak tag adik aku lah..JAA
sorang lagi CIK DILA..x pnah jumpa gak..kwn kat blog jer...
huhu

16 March 2011

1st time tengok cina silap mengira




rim sport racing boy 15 batang - RM 198 sepasang
bearing - RM16 , 4 biji
tayar tubeless - RM100 sepasang
sumbu tubeless - RM10 sepasang
bush - RM 10 sepasang
upah - RM 10
jumlah sebenar RM344 la kan...tetibe cina tu ckp RM244..
so aku x ckp banyak terus bayar RM 244...




-nije-

13 March 2011

pahang 2 - 0 kelantan








hermmmm,fanatik giler aku,sampai ke stadium darul makmur,kuantan pahang menyaksikan perlawanan antara pahang menentang kelantan...walaupon aku org ganu, ak menyokong klate ,nok wat rgano mugo daroh klate ado jugok dale bdan kawe,ayoh kawe org klate wei...mok kawe jah ore ganu..haha..




sebenarnya dah lama duk plan nak g tgk match nie kat stadium,bekas roomet ak nie fanatik giler ngan pasukan the red wariorr...dia lah yang ajak aku g stadium..tapi semalam kelantan merupakan kekalahan pertama kelantan selepas 6 perlawanan dalam liga super...best kot tgk live...boleh tgk khairul fahmi,nor shahrul idlan talaha...pemain malaysia tu...1st time ak tgk perlawanan bola sepak secara live dekat stadium,sebelum nie x pernah pon...




aku tabik springg la kat Ultras Kelantan-The Red Mania sebelum perlawanan start sehingga perlawanan tamat mereka terus menyokong kelantan..berdiri sampai habis perlawanan...lagu2 yang dinyayikan memang terbaiklah..."enjit-enjit semut sape sakit naik atas,enjit- semut sape sakit bulih balik"....lagu nie dinyanyikan time pemain pahang dalam kesakitan...hahaha...lawak2..dari awal perlawanan sampai habis ,tiada balingan botol dan mercun,tapi last ade jugak sorang tu yang lempar mercun kat polis yang jaga kat bawah..budak tu kene tangkap,bagus jugak dia kene tangkap..buat pengajaran untuk peminat2 lain...game setrusnya kelantan akan menentang felda united...huhuhu..



12 March 2011

Sungai Tong, Terengganu - Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Driving directions










Sungai Tong,setiu, Terengganu

4 hours 43 mins


268 km

Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Lebuhraya Tun Razak Darul Makmur
Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang


1. Head west toward Lebuhraya Mec
120 m

2. Turn right at Lebuhraya Mec
2.5 km

3. Continue onto Exit Lebuhraya Pantai Timur
1.0 km

4. Continue onto Lebuhraya Pantai Timur
37.6 km

5. Take the exit toward Route 14
280 m

6. Sharp left at Route 14
107 km

7. Turn left at Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah
41.6 km

8. Turn right to stay on Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah
12.2 km

9. Turn left at T102
2.5 km

10. Turn right to stay on T102
5.9 km

11. Slight left to merge onto Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah
3.1 km

12. Continue onto Jalan Kuala Berang
6.1 km

13. Turn left to merge onto Jalan Kota Bharu
9.0 km

14. At Bulatan Batu Enam, take the 1st exit onto Route 3
36.7 km

15. Turn left at T151
2.4 km-nije-

07 March 2011

liverpool menang dengan mancester united 3 -1




hahaha..kami fans liverpool bersorak,fans arsenal bersorak,dan fans chelsea pon turut bersorak selepas pendahulu liga iaitu mancester united tewas anfield...leading 3-0 kot..
gol saguhati dijaringkan oleh hernandez chicharito pelik tol nama..haha
so liverpool menang 3 -1..pastu kan..kan..kan..nani injured lorh..nani kene tackle ngan caragger..
3 gol liverpool dijaringkan oleh kuyt..gol 1st suarez yang assist selepas menewaskan 3 defender ..evra kene olay..haha..gol 2nd mr.nani yang assist suares angkat mr.nani menanduk bola ke arah gol sendiri dan disambung oleh kuyt..gol ketiga jasil daripada free kick yang diambil oleh suarez lepas tu wan der sar termuntah bola tersebut lalu sisambung oleh kuyt...anggapan aku sebelum game start suarez yang akan hat-3..tapi kuyt plak..x per la suarez dah assist 2 kali..gerrard pon main bagus td..2 kali dia shoot tapi sayang x gol..miraless pon terbaik,2 kali menyelamatkan gawang liverpool...game malam tadi besttt..yeahhhhh

~YNWA~

jom kite tgk aksi nani..hahaha










sumber: FB,EPL



06 March 2011

liverpool vs manchester united





EPL minggu ini menemukan 2 pasukan hebat,terutama pasukan liverpool..
semua peminat EPL kecuali peminat man u mengharapkan man u kalah dalam perlawanan pada malam ini,terutama peminat arsenal dan chelsea.tapi semalam arsenal sekadar seri o-o dengan sunderland oleh itu, liverpool seharusnya perlu memenangi perlawanan pada malam ini supaya jurang kedudukan untuk berada top 4 menjadi dekat.pada malam ini suarez pasti menjaringkan gol.carrol sekarang sudah pulih dari kecederaan tp belum beraksi untuk game malam ini.
jangkaan aku liverpool menang 3-1 suarez hat-3...hahah YNWA

barisan berkemungkinan akan diturunkan oeleh kedua2 pasukan..

liverpool ~ suarez,kuyt,gerrad,raul meireles, lucas, maxi rodriguez, johnson, skrtel, caragger,
fabio aureleo, reina.

manchester united ~ rooney, giggs, scholes, nani, carrick, fletcher, evra, brown, smalling, o'shea,
van der sar





-nije-

05 March 2011

PERUTUSAN YDP MPP UMP 2011/2012




Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana pada hari yang berbahagia ini kita telah dipertemukan dalam sebuah majlis bersempena dengan penyerahan watikah perlantikan mpp bagi sesi 2010/2011. Saya, Muhamad fazli bin Abdul Halim selaku Yang Dipertua MPP UMP bagi sesi 2011/2012 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses pemilihan majlis perwakilan pelajar yang telah berjalan baru-baru ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga sekalung penghargaan yang khusus diberikan kepada rakan-rakan mahasiswa yang telah memilih dan seterusnya memberikan kepercayaan kepada kami untuk meneruskan legasi kepimpinan mahasiswa pada masa akan datang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya, beban tugas yang dipikul ini sangatlah berat dan mencabar. Namun, atas dasar rasa tanggungjawab, saya dengan teman-teman yang lain akan bersama-sama sedaya upaya mewujudkan teladan kepimpinan yang baik demi memastikan kelangsungan pelaksanaan tugasan yang tersusun sekaligus mencapai objektif yang dikehendaki. Secara peribadi, saya ingin melihat kesatuan dalam kalangan mahasiswa UMP itu sendiri terhadap segala masalah yang dihadapi dan seterusnya menjadikan MPP sebagai organisasi pertengahan yang difahami oleh mereka mampu untuk membela dan menuntut hak kebajikan mereka yang kian terabai. Perkara ini pada saya merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai asas dalam mana-mana jua gerakan dalam membina warga kampus yang bebas, sejahtera, serta sedar akan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa.

Perkara kedua yang ingin saya tekankan adalah berkenaan dengan kerjasama yang lestari antara pihak pentadbiran dan juga MPP. Kami dibarisan kepimpinan kali ini berazam untuk sentiasa bersifat professional terutamanya dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi sama ada diperingkat mahasiswa mahupun diperingkat pentadbiran. Segala perselisihan ataupun salah faham akan cuba diselesaikan dengan cara yang penuh hikmah disamping tegas dengan prinsip kemahasiswaan. Segala tunjuk ajar dari pihak pentadbiran amatlah kami alu-alukan lebih-lebih lagi dalam membantu menyelaraskan gerak kerja kami kearah pelan strategik UMP 2015 iaitu pelan yang mahukan UMP setanding dengan universiti terkemuka yang lainnya. Justeru, sikap hormat-menghormati dan budaya kerja yang professional perlulah menjadi keutamaan disemua lapangan pengurusan.

Sidang warga dewan sekalian,

Pembawaan kepimpinan kali ini adalah kami sedaya upaya menyerapkan elemen kesedaran mahasiswa terhadap apa jua isu sejagat yang berlaku. Hal ini kerana kami juga mempunyai hasrat dalam membantu dari segi pendidikan tidak formal untuk para mahasiswa. Apa yang dimaksudkan adalah kami rasa bertanggungjawab dalam memberikan panduan pembangunan insan bukan setakat ketika berada di dalam universiti sahaja tetapi juga sehinggalah mereka berada di lapangan kehidupan sebenar kelak. Hal ini bagi memastikan bahawa produk keluaran UMP adalah produk kelas pertama dan dengan kesempatan ini UMP akan menumpang populariti seperti yang diimpi sekaligus menjadi tumpuan dimata dunia.

Kesimpulannya, pembawaan, harapan, serta matlamat secara umum yang telah saya terangkan sebenar tadi merupakan mukaddimah dalam kepimpinan kali ini. Saya Muhamad Fazli b. Abdul Halim sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah sudi menerima kami sebagai wakil suara mahasiswa. Diharap jalinan kerjasama akan lebih erat pada masa-masa akan datang. Wabillahitaufikwalhidayah…



YANG DIPERTUA



TIMBALAN YANG DIPERTUA

sumber :-





-nije-
There was an error in this gadget