Search This Blog

jom tukar-tukar link

Followers

17 March 2016

CHEMERUNG BEREMBUN LANGSIR 11-13 MARCH 2016





 Assalamualaikum,

    Alhamdulillah kami seramai 26org mengikuti program ke chemerung ,berembun dan langsir yang dianjurkan oleh Kelab Reakriasi UniKL Miit (KRUM) pada 11-13 march 2016. cbl ni terletak di daerah dungun terengganu.
    Terima kasih kerana menjemput saya untuk menyertai program ini,lain kali jemput la lagi,penglibatan terakhir dalam aktiviti perkhemahan adalah pada tahun 2012, 2 hari 1 malam masa tu naik nuang,di bawah program ko-q pergi sebab ambik subjek trakking,hiking dengan tiada stamina ,badan x fit langsung,main naik jer. sebab nak dapat A dalam subject Ko-q. Tapi trip kali ni ak dah buat persiapan sebelum naik cbl, jogging,lari, naik bukit kutu ngan geng berjimba. hahaha

11 March 2016 

12.05am - Kami bertolak ke Terengganu Darul Iman.
06.00am - Tiba di RNR bandar al-muktafi bilahi shah, solat subuh,sarapan
08.51am - Tiba di kaki bukit chemerung,mendengar taklimat dari pegawai perhutanan,guider seramai dua orang memperkenalkan diri,azizi dan maizul dan warm up.
09.30am - Berdoa dan memulakan pendakian
10.33am - Tiba di kaki bukit chemerung.air terjun tertinggi pernah aku tengok. masing-masing bergambar mandi hampir satu jam berhenti kat sini,view mmg terbaik
11.30am - kami mula naik lagi terus pacak sampai ke persimpangan pokok besar.
12.15pm - Berehenti rehat sekejap di pokok besar ,time ni ramai dah yang tertinggal kat belakang, kami teruskan perjalanan.
01.01pm - Sampai di signage Bukit Taubat
02.11pm - Sampai di Kem Balak,kami berehat selama 2jam di kem balak,solat, masak nasi, goreng ikan masin. kami makan tengahari di sini
04.01pm - Teruskan perjalanan.trip kami terbalik,kami tidak terus ke puncak berembun tapi sebaliknya kami terus menuju ke kem langsir.
04.38pm - Team yang depan tiba di seraya besar.
05.58pm - Tiba di bonzai sebelum sungai Bangang
06.34pm - Tiba di sungai Bangang
07.25pm - Tiba di bonzai selepas sungai bangang.hari dah mula gelap.
07.40pm - Team depan Tiba di kem Air Terjun Langsir, pasang ground,rain fly hammock dan persiapan untuk makan malam.(Ayam Masak Merah). Team last sampai pkul 9.30pm. alhamdulillah semua selamat sampai di kem langsir. Malam aktiviti minum kopi mkn biskut lepak2 tgk bintang beribu di langit.ak tidur dalam hammock sujuk sangat. mengalahkan aircond.

12 March 2016

06.15am - bangun solat subuh
06.45am - bersiap tengk sunrise,ak siap buat maggi lagi sambil menunggu sinaran mentari muncul.
09.00am - sarapan pagi nasi goreng, ak berdua dan seorg lagi guide akan naik puncak berembun,
09.30am - kami start naik dari kem langsir.yang lain ada yang pergi tiruk di sungai bangang , ada yang rehat2 je di kem site.
10.30am - kami bertiga sampai di puncak berembun. rehat2 mkn choki2 lepas tu gerak ke taman bonzai.
12.30pm - kami sampai kembali ke kem lamgsir. rehat2 kejap g tiruk di jeram lesung. air jernih giler,sejuk sangat.
 02.30pm - makan tghari,golek2 dalm hammock.
04.10pm - langit mula gelap, tanda-tanda hujan nak turun.ak nya hammock cepat2 bukak and tumpang dalam member punya khemah.
09.00pm makan malam , ayam masak kari, lepak2 tgk bintang, mkn biskut,minum kopi sampai la ngantok,esok dah nak balik..mmmmm  sad

13 March 2016

9.45am - kami bertolak turun.
04.30pm - group first tiba di bawah. dalam pukul 6pm semua dah sampai bersiap nak balik.
07.00pm - Kami bertolak balik

14 March 2016

02.01am - Kami sampai di UniKl. esok 08.30am kena masuk keja... :(


alhamdulillah semua peserta selamat pergi dn selamat balik. InsyaAllah sekiranya ada lagi trip jangan segan silu invite saya.

Nikmatilah gambar di bawah  sepanjang berada di CBL































































































No comments: